Kenapa Doktor Jual Bantal?

Assalamualaikum wbt Madam Sapinah, Tuan Das, DAG family members and all readers 😊


Finally...yayy A new blog for me!


Ni memang kerja gila.. A blog  post at 2am. Haha. Kalau tak gila bukan DAG.. HEHEHEE (gelak macam Tuan Das) 😆


Whyy at 2am Nadia?? Mak2 ade anak menyusu can relate to this - our sleep time is so very haywire. Our wake time is when we're awake. So just make use of it while u can. HEHE.


Thanks Madam for organizing this challenge. Actually ever since I signed up as a DAG Reseller 10months back then, I've been wanting to create a blog of mine as a medium to deliver the benefit of this product to as many people out there. But I know it'd just be another abundant space for me. Nonetheless, since Madam is putting up a blogging challenge yesterday, yasss this is it! I'm in! (anticipating a pair of panda eyes tomorrow haha). 

I love writing.

When I was a uni students, I used to have 3 blogs, and the most active one was ndeanuar.blogspot.com (yes blogspot je sebab taknak bazir duit haha) but all has been left in dormant state as I entered into another phase of life called 'adulthood' which full with something called 'maturity'. Kahkah.

Oh yea, please.. u don't have to click on that blog address as it was not meant to be linked to that blog haha 😜 


Moving on to the main story, Kenapa Doktor Jual Bantal?


Since korang dah gigih membaca intro kebudak-budakan saya (awhh I miss my teenage-blog time 😂), saya ceritalah.... saya kisahkan ikut beberapa persoalan agar anda nampak apa yang saya fikirkan.


1. Kenapa tidak?

- saya selalu fikir kenapa tidak kita berniaga di zaman serba moden, semua mudah ni. Ade banyak medium boleh guna, banyak ilmu boleh belajar dan banyak produk atau servis boleh diniagakan. Asalkan kau tak menjual diri sudahlah jah. Nak atau taknak je. Saya kalau ada banyak masa (dan kepintaran lebih sket) saya nak jadi agent takaful, atau financial advisor. Wah. Gituh. Tapi saya memang lemah bab nombor2 ni..tengok nombor sikit pun dah pening haha kira bantal aje lahh


2. Kenapa saya berniaga?

- dari zaman remaja lagi saya selalu nak berniaga. Tapi malu dan takut. Sebab keluarga bukan darah berniaga (haha), so sentiasa takut nak mulakan perniagaan. Tak pernah2 dibuat lagi dalam keluarga kami ni berniaga. Ayah saya kerja makan gaji, bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat swasta. Mak pun suri rumah, lepas berhenti kerja untuk jaga kami adik beradik sejak. Tapi pada tahun 1999, atas ajakan sahabatnya, ayah mula berniaga di cafe di salah sebuah kolej pelajar perempuan di UIA. Sahabatnya yang juga seorang tukang masak, memang ada pengalaman bisnes makanan ni. So mungkin sebab tu ayah confident nak berniaga. Masa tu ingat lagi ayah selalu suruh saya tolong dia jaga kaunter setiap hujung minggu. Ya Allah nervousnya masa ayah suruh saya jadi cashier. Ayah dah ajar macam mana nak caj sebungkus nasi campur. Kau kira lah nasi singget, sayur lima pulu sen, ikan seringget setengah macam tuh... kan senang tu?... Tapi...entahlah, still rasa tak confident, rasa takut customer marah kita caj mahal, rasa customer pandang rendah sebab masa tu saya baru 12 tahun dan macam2 lagi perasaan. Banyak betul biawak dalam kepala ni haha. Last2 main kejar2 dengan adik-adik je kat luar cafe tu sementara tunggu ayah berniaga... isk2 rugi betul tak gunakan peluang tu kalau difikirkan balik...  Kalau tak mesti sekarang aku dah pandai berniaga hahaha 

Tapi perniagaan mereka tak lama. Setahun lepas tu, bisnes tu terpaksa dihentikan sebab ayah jatuh sakit. Tiba2 ayah rasa kebas dan lemah dari pinggang ke bawah. Nak jelan kena bertongkat atau dipapah. Makin lama makin lemah. Masa tu, saya form 1, tinggal di asrama. Mula-mula mak taknak bagitau apa yang berlaku sebab taknak saya risau. Tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena sebab sebelum ni mak dan ayah tak pernah menolak kalau saya mintak mereka datang melawat saya di asrama (mestilah, saya kan anak manja mak ayah hehe). Lepas berkali2 asyik telefon ke rumah, last2 mak cerita jugak apa yang terjadi.  Masa tu saya sangat2 terkejut, down sangat2. Sedih,  takut,  risau.. semua ada. Nangis sorang2 kat asrama, kat tepi locker. Setiap hari nangis. Ye lah, ayah lah tempat kami sekeluarga bergantung. Lumpuh kedua2 belah kaki, tak boleh nak pergi kerja... Urus diri pun kena dibantu. Saya anak kedua, adik2 saya yang 3 orang tu pun masih kecil lagi. Masa tu rasa masa depan gelap. Dalam perjalanan balik asrama pun nangis dalam kereta kawan. 

Alhamdulillah majikan dan kawan2 ayah sangat supportive. Diorang aturkan untuk ayah dibedah secepat mungkin. Lepas operate, ayah beransur pulih dan boleh pergi kerja semula lepas berbulan2 menjalani rawatan physiotherapy dan rehab. Tapi pergerakan terbatas sebab pembedahan tu kat tulang belakang bahagian leher dia, kena operate saraf tunjang di bahagian leher. Sampai sekarang dia tak boleh nak toleh kenan 90 darjah. Toleh ke belakang apetah lagi. Parut di belakang lehernya pun masih jelas kelihatan.

- Lepas peristiwa ayah jatuh sakit tu jugak saya ade kesedaran tak boleh Bbergantung harap pada orang lain selama2nya. Kena ade back up plan. bila saya dah bekerja, dah di zon selesa, saya sentiasa rasa yang kita semua perlu bersedia. Langit tak selalu cerah ye kawan2.... hari ni kita selesa di pejabat ber-aircond, esok lusa kita tak tahu apa yang terbentang untuk kita. Kita tak tau bila tiba masa 'orang dah tak perlukan aku lagi'. Mulakan je kawan2... Berniagalah apa2 pun..Samada nak jual produk orang dulu ke, nak buat bisnes servis atau mengajar orang ke.. Macam2 cara boleh buat duit sekarang. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk berguru dan belajar, belajar, belajar. 

Andai memang tiba saat kita betul2 perlu berdiri atas kaki sendiri, perlu membanting tulang 4 kerat ni untuk sesuap nasi, atleast kita dah ada basic ilmu dan pengalaman, supaya tak terlanggar dinding. So bagi saya, ilmu dan guru tu No1, duit tu No2....akan datang bila kita ada ilmu dan guru yg betul. 


3. Kenapa bantal?




Haa kenapa bantal ye... Tiba2 rasa mengantuk pulak bila nak bercerita pasal bantal ni hehe... Ade ke yang nak tau kenapa saya pilih untuk menjual #bantalhotelDAG?


Kalau nak saya sambung entry ni, komen la sikit, atleast tulis 'Nak' kat ruangan komen kat bawah ni...sambil2 tu boleh promote blog korang. Kalau ade yang membaca dan sudi follow saya sambung okeyy 


Tq for reading!!




Till then,....





Signing out,
Nadia Anuar
Premium Reseller 
Das Abdul Global Batu Caves











Comments

  1. Replies
    1. Ok! Tak sabar nak tulis next entry hehe. insyaAllah

      Delete
  2. Mak ai Dr. Nadia gigihnya menaip pjg2 kul 2 pg.. Hahaha. Semangat kak erin baca intro.. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha semangat ape tah tiba2 hehe kak erin jangan la baca intro je hahaha 😂 anyway thanks kak erin ❤👍

      Delete
  3. Replies
    1. Thanks for reading Aizu islam.. InsyaAllah next entry is Onz! ! 😁

      Delete
  4. Replies
    1. Oh haha sorry2. . Sbb pg td nampak mcm pakmaon dah komen. . Hilang plak 😅

      Delete
  5. Replies
    1. Hai kak Nyza. Ok insyaAllah! 👌 Tq for reading sis 😘

      Delete
  6. good good.dah komen byk kali tp x publish 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yeke... Patutla tak muncul2 komen madam. Tq for reading Madam ❤😊

      Delete
  7. Wahhh Doc bila jual bantal lagi la patient suka..bantal kualiti tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah harapnye begitulah hehe tq for reading

      Delete

Post a Comment

Popular Posts