APA ITU CIRCADIAN RHYTHM?

Ada tak masa-masa tertentu kita rasa segar dan bertenaga nak buat kerja, dan ada masa nya kita sangat la layu dan kuyu, semacam orang mengantuk disorongkan bantal.


Ha.. tu la fungsi 'Circadian rhythm' atau nama lainnya 'biological clock'. Ia seperti satu jam atau sistem dalam otak kita yang kawal waktu 'jaga' dan 'tidur' kita, yang kontrol bila masa sistem badan berfungsi dengan optima dan bila masanya kita perlukan rehat, dah takleh nak buat ape lagi dah la kiranya.

Kali ni nak cerita pasal fakta plak. So kalau korang borak dengan orang ade la isi ilmiah sket kan hehe. 

Kebanyakan orang dewasa masa paling 'low battery' kita jam 2-4 pagi,  dan 1-3petang.... Leps kau dah kenyang makan tengahari tu kan... Rasa menggoda2 je bantal dan katil tu...  Tak pun meja kat opis pon jadilah haha 


Macam mana dia berfungsi?






Circadian rhythm ni dikawal oleh otak dibahagian hypothalamus. Ketika kita duk dalam gelap, mata kita akan hantar signal kat otak bahagian hypothalamus ni memberitahu yang dah tiba masanya untuk badan kita ni rasa penat. So secara automatik badan hasilkan hormon melatonine,  yang membuatkan badan rasa penat, lesu dan mengantuk. 

Bila dah dapat rehat yang cukup,  badan kita akan bersedia untuk berfungsi dengan baik dan cergas. Sepatutnyelah kan haha. 

Sebab tu penting jugak untuk pastikan tidur kita tu berkualiti, walaupun nap 15 minit di waktu rehat.   

So bila dah berhari2 badan melalui kitaran yang sama,  maka terhasillah circadian rhythm ni dalam otak kita. 

Begitulah..

Tapi makin lama,  semakin berusia,  circadian rhythm kita akan berubah.  Macam bayi,  budak-budak,  waktu tidur diorang kan lama.  Siang pun kena tidur kalau tak kang ngamuk habis satu rumah terbalik. Haha mak2 sangat kan. 

Apa penting nya Circadian Rhythm ni? 

Sesetengah hormon dalam badan kita dihasilkan pada waktu2 tertentu. Contohnya hormon kortisol,  hormon yang kawal kita punya stress response. Level hormon ni paling tinggi di waktu pagi lepas kita bangun dari tidur,  dan paling rendah waktu tengah malam.  Sebab badan kita tak perlukan hormon ni masa kita tidur.  

Dengan adanya circadian rhythm ni jugak dapatlah badan kita berehat sebelum bangun balik untuk berfungsi dengan optimum. Cuba kau takde rasa ngantuk.... 3 hari berturut2  tak tidur.. Hari ke 4 kau jadi zombi.


Credit photo



Okey tahniah kerana membaca sampai habis

Pasni nak promote set bilik tidur baru DAGHOME plak... Wowweee 😍




Till then, 


Nadia Anuar
Premium Reseller 
Das Abdul Global 
Batu Caves


Comments

Popular Posts