5 KESILAPAN KETIKA MEMILIH BANTAL


"Beli bantal? Alaa beli je la bantal apa-apa pun...  Untuk tidur je kan" ๐Ÿ˜…

Biasa dengar ayat macam tu kan? Tapi jangan tak tahu,   kesilapan membeli bantal boleh buatkan kita tak senang duduk, duit pula dah rugi beratus-ratus ringgit. Bangun pagi, badan masih tak segar sebab tidur tak berkualiti dek bantal yang tak selesa.  


Mari lihat 5 kesilapan yang biasa kita buat dan boleh dielakkan ketika membeli bantal:


๐ŸŒบ 1. Tidak tahu jenis bantal yang sesuai.

Setiap individu memiliki fizikal dan saiz badan berbeza. Ciri ini penting untuk menentukan jenis bantal yang sesuai untuk diri seseorang tu. Contohnya,  orang yang berbadan besar akan terasa 'lemas' jika kepala berada pada paras lebih rendah atau setara dengan badan ketika baring. Dan orang yang kurus akan berasa sakit leher jika bantalnya terlampau tinggi atau keras.  

๐ŸŒบ 2. Memilih bantal kerana jenama dan rupa bantal. 

Kata orang,  "Don't judge a book by it's cover". Macam tu jugalah dengan bantal. Yang mahal dan nampak hebat tidak semestinya yang terbaik untuk kita ya. Ada orang, bantal rm200 pun masih tak boleh tidur jika tidak sesuai dengannya. 

๐ŸŒบ 3. Tidak mengetahui material bantal

Bantal di dunia ni diperbuat dari bermacam² jenis bahan. Di timur kebanyakan bantal diperbuat dari kekabu seperti di Malaysia, Indonesia dan China. Di Eropah pula dahulunya bantal² diperbuat dari bulu itik. Manakala di negara timur tengah ada juga bantal diperbuat daripada pelepah tamar. Zaman sekarang dah berubah, bantal² semakin banyak diperbuat daripada bahan² seperti polyester fiber dan memory foam. Terdapat pula teknologi² yang menjadikan penghasilan bantal² ini berbeza dari segi kualitinya. Kenapa kita perlu tahu material bantal? Sebagai contoh, jika anda seorang penghidap penyakit asthma, maka bantal yang diperbuat dari bulu itik adalah tidak sesuai kerana ia mungkin akan menghasilkan debu yang menyebabkan alahan kepada anda. Jadi, ketahui material bantal tu dulu ye kawan²! 

๐ŸŒบ 4. Membeli bantal untuk pengguna yang salah.  

Sebelum membeli bantal, anda pun kenalah tahu samada bantal yang dibeli adalah untuk kegunaan anda sendiri di rumah, untuk anak di asrama ataupun kegunaan ramai, contohnya di homestay, hotel ataupun tetamu² di rumah anda.  Anda mungkin perlukan bantal yang lebih tahan lasak untuk homestay anda.

๐ŸŒบ 5. Tidak mengamalkan cara penjagaan bantal

Bantal dari material polyester fiber dan organik seperti kekabu mempunyai tempoh ketahanan dan cara penjagaan yang berbeza. Jadi jangan panik jika bantal anda sudah tidak segebu seperti baru dibeli setelah berbulan² menggunakannya. Amalkan teknik-teknik penjagaan yang betul supaya bantal anda tahan lebih lama.  

Semoga tidur anda lebih lena dengan bantal yang sesuai ๐Ÿ˜Š

"Sleep like a King"


"Ingat DAG,  ingat bantal hotel"



Nadia Anuar 
Premium Reseller 
Das Abdul Global Batu Caves 

Comments

Popular Posts